Monday, 2 December 2013

Pertanyaan prof Agus berkaitan GST denmark.

Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff :

Denmark mempunyai 5 6 juta penduduk dengan pendapatan per kapita rakyatnya US37,657, ke-20 tertinggi di dunia.

Negara ini adalah negara yang mempunyai keseimbangan pendapatan rakyat terbaik di dunia, negara yang mempunyai kadar kegembiraan tertinggi di dunia, negara demokrasi penuh tertinggi di dunia, negara pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti terbaik di dunia dan kemudahan kesihatan percuma terbaik di dunia. 

Kadar jangka hayat rakyatnya ialah 78.6 tahun dan kadar doktornya pula ialah 1 doktor untuk 290 orang.

Negara ini juga mewajibkan kadar gaji minimum tertinggi di dunia. Pendek kata negara ini mempunyai banyak perkara yang terbaik di dunia.

Bagaimana boleh jadi begini? Apa faktornya?

Denmark boleh mencapai kesemua di atas kerana cukainya adalah tertinggi di dunia. Kerajaan Denmark mengenakan cukai 46% kepada rakyatnya termasuk cukai GST (VAT).

Anehnya, biarpun cukainya tinggi, rakyat boleh menerimanya kerana kutipan hasil cukai tersebut dikembalikan semula kepada rakyat.

Di negara kita, Alhamdulillah cukainya murah. Tapi apabila kerajaan hendak memperkenalkan GST kenapa kita perlu marah? Tidak bersediakah kita membayar cukai yang tinggi sedikit untuk mendapat kemajuan seperti Denmark?

Inilah pertanyaan saya dari kota Denmark ini.

No comments:

Post a Comment